Daftar Sekarang

SYARAT-SYARAT PENERIMAAN TAWARAN PERKHIDMATAN HAJI

  1. Bakal haji hendaklah mendaftar haji dengan Lembaga Tabung Haji (TH) serta telah menerima surat tawaran terpilih untuk menunaikan fardu haji 1439H.
  2. Bakal haji bertanggungjawab mencukupkan Bayaran Haji pada kadar Bayaran Haji Jemaah Haji Muassasah atau kadar Bayaran Haji  yang ditetapkan oleh TH.
  3. Bakal haji hendaklah bertolak dari Malaysia, jika bakal haji memilih bertolak dari luar negara dan Visa Haji diuruskan oleh TH, maka tiada bayaran balik kos penerbangan pergi/balik ke Tanah Suci.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. 4 keping gambar (saiz 4 X 6 cm – latar belakang putih dan bahagian muka zoom 70% – 80%). Bertudung gelap bagi jemaah wanita, dan dilarang memakai penutup kepala seperti kopiah, songkok, cermin mata dan seumpama dengannya bagi jemaah lelaki.
  2. 2 Borang Pendaftaran Haji (setiap seorang) bahagian hadapan & belakang harus dicetak dikertas yang sama. Sila isi maklumat yang lengkap dan pastikan di halaman belakang di COP IBU JARI KIRI di sudut bawah kiri.
  3. Bayaran deposit RM3,000 setiap seorang jemaah diperlukan bagi sesi pendaftaran dan perlu dimasukkan kepada ALIF TRAVEL & TOURS SDN BHD bernombor akaun 562795505127 (Maybank Islamic Berhad). Setelah pembayaran dibuat, sila kemukakan bukti pembayaran kepada pihak kami sebagai rujukan.

 

 

Kembali Ke Laman Utama