Bakal Jemaah Haji perlu menghubungi FELDA TRAVEL SDN BHD untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai tawaran perkhidmatan Pakej Haji yang telah diluluskan bagi musim 1446H/2025M (Kaedah TH-Swasta) berserta syarat-syarat pembatalan yang telah ditetapkan.
Bakal Jemaah Haji yang mendapat surat tawaran mengerjakan Haji dari LEMBAGA TABUNG HAJI (TH) yang berstatus Terpilih (P1) dan jemaah yang telah berdaftar dengan TH layak mendaftar dengan FELDA TRAVEL SDN BHD.
Bakal Jemaah Haji yang belum mendapat surat tawaran haji dan di bawah kategori rayuan, anda juga boleh mendaftar Pakej Haji Felda Travel. Anda perlu membuat rayuan kepada TABUNG HAJI (TH) melalui THijari dan telah berdaftar haji dengan TH sekurang kurangnya 5 tahun dari tahun semasa.
Bakal Jemaah Haji wanita yang berumur bawah 45 tahun dibenarkan pergi tanpa Mahram.
Had umur minimum ialah 15 tahun. Tiada had umur maksimum.
PENGESAHAN PENDAFTARAN
Bakal Jemaah Haji perlu mengisi Borang Pendaftaran Pakej Haji Tahun 1446H/2025M yang disediakan oleh FELDA TRAVEL SDN BHD dan BERSETUJU dengan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam borang pendaftaran tersebut.
Bayaran deposit sebanyak RM1,000 seorang hanya bagi jemaah yang TERPILIH sahaja (iaitu telah mendapat Surat Tawaran Haji) semasa membuat pendaftaran.
Bayaran bagi jemaah kategori RAYUAN hanya perlu dibuat setelah tawaran haji diterima.
Pembayaran boleh dibuat melalui serahan tunai ke Ibu Pejabat FELDA TRAVEL SDN BHD atau melalui Perbankan Atas Talian / Cek / Draf Bank atas nama FELDA TRAVEL SDN BHD - MAYBANK: NO. AKAUN 5144 9540 1643.
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan penipuan, pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang pembayaran yang dibuat BUKAN melalui penama akaun syarikat FELDA TRAVEL SDN BHD.
Salinan slip pembayaran hendaklah diserahkan kepada FELDA TRAVEL SDN BHD untuk proses pengesahan pendaftaran.
Baki pembayaran mestilah diselesaikan 45 hari sebelum berlepas.
Bakal Jemaah Haji perlu menyediakan menyediakan satu (1) salinan passport antarabangsa dengan tempoh sah laku melebihi 6 bulan dari tarikh berlepas beserta tiga (3) keping gambar berukuran 4x6 cm berlatar belakang putih.
JADUAL PENERBANGAN
Jadual penerbangan akan diberikan kepada Bakal Jemaah Haji setelah mendapat pengesahan dari pihak TH. FELDA TRAVEL akan mencadangkan kepada Bakal Jemaah Haji berkenaan pemilihan tarikh penerbangan dan masih tertakluk kepada kelulusan TH.
Bakal Jemaah Haji akan diberikan jadual pergi / balik dalam tempoh hari yang telah ditetapkan.
Bakal Jemaah Haji dianggap terbatal daripada Pakej Haji FELDA TRAVEL sekiranya:
i) Ingin ke Madinah lebih awal atau lewat yang akan melibatkan pengurusan masa dan kos yang menjejaskan operasi FELDA TRAVEL;
ii) Ingin pulang ke tanah air (Malaysia) lebih awal atau lewat dari jadual penerbangan asal yang telah ditetapkan oleh pihak TH. Ini akan melibatkan kos tambahan yang tinggi bergantung kepada nilai semasa.
MENARIK DIRI
Bakal Jemaah Haji yang telah membuat pengesahan dan menerima tawaran Pakej haji FELDA TRAVEL tidak dibenarkan untuk menarik diri, menyertai Pakej Haji syarikat lain atau menempah Pakej Muassasah (TH).
Jika Bakal Jemaah Haji yang menarik diri atau membatalkan Pakej Haji ini tanpa alasan munasabah setelah Borang PJH 1443H disahkan oleh pihak TH, pihak FELDA TRAVEL berhak menuntut bayaran ganti rugi/kos operasi yang akan diputuskan oleh Pihak Pengurusan.